Friday, August 20, 2010

GeMbIrA

Petang ini ku datang ke tempat kerja dengan kadar yang biasa. sebaik aku parking kereta aku, aku lihat dia berada diluar kedai. Hari ini die keje pagi. Aku masih di dalam keretaku. Tiba-tiba dia datang ke arah kereta ku. Lalu aku pun menurunkan cermin kereta sebelah co-pilot. Dia menghulurkan sekeping kertas kecil berwarna kuning. Terdapat lukisan di dalamnya. aku amati. sambil tertulis dihadapannya "Dear" dan dibelakang hujung kiri bawah terulis "im sorry -). Apakah semua ini? Apakah die menyesali perbuatannya? Atau apakah dia masih dengan tetap pendiriannya dan dia tak mahu keburukan berlaku dalam kedai sekadar lakonan? Apakah aku merelakkannya? Kenapa aku masih tidak tenteram? Hai ..... Kenapa dan mengapa?
Sesungguhnya dalam hati kecilku....berkata....jagalah dia...ambilla dia..dakapla dia...usahalah selagi kau bernyawa...jangan mudah mengalah. Namun aku mengalah jua. Aku tak ingin lagi berusaha. Biarkanlah. Dan di saat ini aku menulis di suatu ruang rehat untuk staf. Secara tiba-tiba dia datang lalu aku beredarkan diriku dari situ dan menyambung penulisan ku di ruang kerja ku. Apakah yang selama ini bermain di fikirannya.
Petang ini jam 3:30, aku disuruh untuk membawa si dia ke rumah nya untuk mengambil alat pengukus. Duduk sahaja dia di kerusi co-pilot aku terus bersuara memcah hening sunyi. "Dah lama tak naik kete ni kan" Sapa aku. "Hmm" Ringkas jawapannya tapi penuh dengan senyuman. Aku pun memandu kereta ku menyelusuri jalan ke arah rumah si dia. Setelah mengambil hajat itu, aku memandu pulang ke rumah aku untuk mengambil loyang..aku menyuruhnya supaya lelpkan mata sebentar. hajat hati ingin dia turun berjumpa dengan parents aku tapi ahh biarkan nanti. Sepanjang perjalanan pulang die lelap namun seperti tidak selesa. Sesampai di kedai, aku menyuruhnya supaya lelapkan mata didalam keretaku. Dia pun kata ok. Aku menghidupkan aircond. Dia lelapkan mata dalam 45 minit sahaja. aku meminta izin dengan majikan ku untuk menunaikan solat asar.. aku melulu ke kereta ku untuk melihat si dia..comel sungguh muke die tidur. Aku mengetuk cermin kereta. dia tersadar lalu membuka kunci pintu dari dalam. Aku masuk dan berkata kepadanya. " Jom kita solat kat masjid..die mengeliat. Aku memandu kereta ku menghala ke masjid. Sayu hatiku orang yang aku sayang mengikuti aku ke masjid. sesampai di masjid aku berkat. " Comel pegang kunci kereta k. Bila comel dah siap comel masuk dulu dalam kereta k" dia pun mengganguk.
Setelah selasai di parking kereta aku melihat wajahnya sungguh manis. tenang aku melihatnya. aku pun memandu terus ke kedai. Sampai di parking berhadapan kedai, dia bersuara lagi, " Abg nanti saya nk kuar g bazar dengan miss k". aku pun mengganguk.Lalu aku mengeluarkna sekeping not rm5. aku kata. " rm1 untuk karipap, rm1 untuk kuih bom, rm 1 belilah apa2 air untuk kita berdua dan yang lebih belilah apa2 yang nk beli k. untuk comel. Comel jangan kuarkan duit k. Guna duit ni je k"

Waktu sudahpun menunjukkn 7:15. Waktu berbuka telah tiba. Aku ke belakang tempat rehat staf untuk mengambil bungkusan yang telah dibeli oleh si dia. Lalu tiba-tiba dia sertai aku dari belakang. kami buka sama-sama bungkusan itu. aku menyuapkan dia karipap. Cantik wajah dia bila makan. Si dia senyum. Aku gembira. Namun aku tidak boleh gembira selamanya. Aku harus waspada dan tetapkan diriku agar jangan luntur jiwa ini. Suasana berbuka hari ini sangat gembira tidak seperti semalam, kerana tiada lagi perasaan pergolakan antara ku dan si dia. Hari ini bolehla aku menggangap hari bekerja yang baik buat aku. Alhamdulillah. Tiada perasaan sakit hati dan sebagainya. Alhamdulillah. Aku berjaya menunaikan tanggungjawab aku dengan penuh sedikit semangat hingga ke saat ini dan aku bersyukur dapat melaksanakan tugas sebagai hamba di muka bumi ini...amin.

No comments:

Post a Comment