Antara fantasi dan mimpi, mana lebih indah; tentunya fantasi kerana fantasi bolehkan kita menambah dan mengurangkan serta mengolah menjadi yang sebaliknya.
Mimpi kekadang tiada indah kerana kita tidak mampu untuk buat seperti apa yang dilakukan oleh fantasi.
Dari jauh sudut hati yang kerdil ini, bertekesimalah aku seketika; mengingati kenangan terindah suatu tika dulu.
Malam yang melabuhkan tirainya; Dihadapanku terbentang tikar awangan yang bergemerlapan dengan cahaya indah bersinar.
Apakah aku mampu berpolimik?
Ataukah aku hanya mencipta sejarah yang tidak pasti. Masih adakah ruang untukku mencipta kejayaan.
Wahai nama yang bermaksudkan berjaya; Berusahalah hingga ke titisan terakhir!
Jika insan itu tiada lagi kasihmu, jangan kau berlengah persiapkan diri, jauhkan diri dari semua itu. Sesungguhnya anggaplah pasti ada yang lebih baik menanti kau..

No comments:
Post a Comment