Thursday, August 19, 2010

Berbuka yang hiba

Sayu nafsuku pada berbuka hari ini. Aku tak tahu apa yang bermain selama ini di kepala akal ku. Bagaimana cara untuk berhadapan dengan semua ini. Si dia menyapa ku. "abg, tak berbuka lagi ke? Dengan air je?" jawabku. "Sudah...dengan kurma dan air sunquick ice ni". Lalu die mengambil makanan.. Namun tiada pelawaan kali ini." Ambillah makanan ni". Aku berkata, "tak pe la..tak mengapa...abg dah kenyang..cukupla" Sayu hati ini bila dia mempelawa. Namun aku menebalkan hati. JANGAN! JANGAN KAU TERPEDAYA! Aku berjaya menolak pelawaannya walaupun perut ini berbunyi. Tak sangka aku, aku mampu. Malam makin lebat. Pelanggan di kedai pun seperti buah bermusim. Entah apa yang diborakkan di luar pintu oleh si dia sambil gelak ketawa. Cemburu hatiku melihatnya. Namun aku teruskan perbualan dengan rakan-rakan seperjuanganku. Dan saat ini aku menulis untuk menghilangkan rasa tertekan aku. AAHHHHH!!! aku sepeti mahu beredar dari sini dan tidak kembali-kembali lagi. Tapi bilakah waktunya. Waktu kerja sudah pun tamat. Aku berehat di luar kedai duduk di hujung kaki lima sambil bertemankan sebatang nusantara. Kelihatan si dia ada sekali dihujung tiang. Aku menghidupkan enjin keretadan menghangatkan suasana dengan muzik dari black eyed peas. Menghilangkan perasaan gundah ini...

No comments:

Post a Comment