Tuesday, October 19, 2010

kasihku..........

kasihku, sejauh mana kau pergi, sejauh tuh aku mencari kau. walau kita terpisah jarak beratus kilometer jauhnya, namun cinta dan jiwa ini tetap merindu mu, tetap menaruh pada mu, tetap utuh bersama mu.

walau perpisahan yang tiada noktah ini, namun telah mengajar ku berbagai erti dalam diriku yang selama ini tidak ku sedari sepanjang bersama mu dahulu. Perpisahan ini telah mengajarku erti kesabaran, erti penghargaan, erti kasih sayang, erti pengorbanan dan yang paling penting erti cinta sejati iaitu setia kasih satu dalam hati.

nota yang kecil dan ringkas ini, ingin memberitahu mu, terima kasih. Terima kasih kerana mengajarku semua ini, ku mengerti, ku fahami, aku bukan yang terbaik buat mu. Aku bukan seperti zulkarnain yang indah paras rupa, aku bkn romeo yang romantik, aku bukan seperti saidina umar yang dapat mengenal kebenaran dan kebatilan, aku bukan seperti khalifah abu bakar seindah dan sekental yang kau impikan. Namun, aku jua bukan lelaki yang sempurna seperti lelaki impian mu.

Ku mengerti siapa ku di sisimu, aku hanya penggangu untuk mengejar impian mu yang kau idamkan dahulu. Namun kasih, mengertilah. Mengertilah. Kesetiaanku, kasihku. Telah ku kunci untuk mengambil mu sebagai isteri ku. Dan bersedialah berhadapan dengan lelaki penuh jiwa kesetiaan ini dan yang rendah diri ini untuk menjadi suami mu.

kasih, selama kita bersama dahulu, aku ingin kau mengerti bahawa aku pernah berkata kita belajar dari sekarang. kata- kata ku itu bermaksud, belajar bagaimana menjadi seorang pasangan yang terbaik di kalangan terbaik. namun, aku tidak menepati tunjuk ajarku pada mu. aku mengajarmu ke arah yang salah. aku berdosa. berdosa pada mu. berdosa pada tuhan. aku takut dengan dosa itu. aku takut bila mengenangkan dosa. ingin ku menjadi yang terbaik. ingin aku bangkit semula. ingin ku mencurahkan sifat lelaki ku pada mu. ingin ku menjadi imam dan kau sebagai makmum ku. ingin ku mendengar kau mengaji al-quran di depan ku dan ku mengajarkan mu apa yang salah, ingin ku berada di sisi mu ketika kau sakit, ingin ku temani mu bila kau ingin membeli belah, ingin ku melihat kegemaran mu, ingin ku beraksi sekali dengan sukan yang kau minati, ingin ku mengajar ibadah kepada tuhan. ingin ku menjadi seorang lelaki, suami yang baik.g terbaik. Aku banyak mengajar mu ke arah yang salah.

itulah kesedaran. aku telah menyedari kesilapan ku. aku mengabaikan kesetiaanmu. aku meragui kejujuran mu. aku hanya takut. takut kau di ambil oleh orang lain. aku takut dengan jarak yang jauh kau boleh buat berbagai macam perkara di belakang ku. kau selalu memarahi kerana tidak mempercayaimu. bukan ku tidak percaya. aku hanya ingin menjaga mu. aku hanya ingin kita berdua, tiada siapa yang boleh mengambilkau dari aku. aku takut kehilangan mu wahai kasih.

kasih, aku cuma tidak ingin kau di dalam facebook dengan gambar yang begitu menggoda. aku tahu kau cukup cun. sebab itu satu dunia ingin kau tunjuk. aku juga tidak ingin kau berpakaian begitu menjolok mata. pakaian yang begitu ketat hingga menampakkan alur tubuh mu. bagaimana caranya jika bertudung litup tapi berpakaian tidak berpakaian? aku juga tidak ingin kau menipu untuk mengambil hati ku.. jika kau tidak suka, perkatakan sahaja. aku mengerti kau ingin seperti rakan2 mu yang lain. ikut trend semasa dan bla bla bla bla.... tapi mengerti la. tiada lelaki yang nak kahwin dengan perempuan seksi serta terlampau sosial dan tuhan pun tetap dengan janjiNYA.

kasih, aku sedang berusaha untuk mencari rezeki serta harta untuk meminang mu wahai kasih. aku mengerti pernah kau katakn tiada harapan untuk bersama ku. aku bukan orang kaya, aku tak tahu berapa banyak duit yang akan aku ada, dengan kata lain, aku tidak mampu beri kau kemewahan, aku tidak mampu memberi kau lebih dari kemampuan ku. dulu aku meanggap kata-katamu itu sebagai suatu perlian dan jijikan terhadap aku. namun kini aku anggap ia sebagai suatu cabaran untuk memiliki mu wahai kasih.

kasih, tunggu lah aku. aku mecintai mu seluruh jiwa raga ku.Allah boleh memberi pada bila-bila masa kepada kita dan Allah juga boleh mengambil nikmat daripada kita bila-bila masa, di mana saja dan apa cara sekalipun.

Justeru, kita sebaiknya memperkayakan diri kita, tidak hanya dari segi material saja, namun apa yang ada di sekitar kita dapat dijadikan sumber kekayaan yang hakiki, seperti kita memiliki keluarga soleh dan sebagainya.

Sehingga apa-apa yang kita lakukan, insya-Allah akan mendapat keberkatan daripada Allah.


No comments:

Post a Comment