Sunday, June 20, 2010

KISAH KASUT TUMIT TINGGI


Kesabaran merupakan elemen penting dalam mengharungi lika-liku kehidupan yang penuh ranjau dan onak duri ini...



ASSALAMUALAIKUM...
bertemu kembali..di dini hari aku ingin menulis sesuatu yang munafaat..selama aku dicerca oleh wanita mengenai tajuk di atas ingin aku tunjuk pada mereka ini la faktanya!
Dalam Islam sememangnya melarang wanita mengenakan kasut sebegini bertujuan untuk mengelakkan dari keluarnya bunyi-bunyian yang akan menarik perhatian kaum Adam. mengandungi unsur penipuan yang mana wanita akan nampak lebih tinggi dari yang sebenarnya.mengandungi bahaya kerana wanita yang memakainya boleh terjatuh. meningkatkan keegoan wanita dalam beragama.membahayakan kesihatan sebagaimana dinyatakan oleh para doktor.(fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Baaz)

Ulama lain mengatakan bahawa jika disertai dengan suara maka haramnya melebihi gelang kaki.



Tapi mari kita lihat dari segi zahirnya,fizik sains dan kesihatan.Jelas kasut bertumit tinggi akan mempunyai ruang tapak sama ada kecil atau luas dibahagian belakang kasut tersebut. Dalam kajian fizik tekanan adalah bersamaan dengan daya yang dikenakan (berat badan) dibahagikan dengan luas permukaan. Luas permukaan yang kecil bagi kasut bertumit tinggi ini akan menyebabkan tekanan yang besar dikenakan keatas permukaan lantai.Dan mengikut Hukum Gerakan Newton ketiga, setiap tindakan akan ada tindakbalas.Oleh itu tekanan yang dikenakan pada permukaan lantai tindakbalasnya akan diterima oleh tumit kita.Dan tindakan tekanan yang besar ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan kita apabila kajian menunjukkan beban tekanan ini akan ditanggung oleh tulang belakang disebabkan postur kaki tang tidak betul kedudukannya kerana terpaksa menyesuaikan dengan bentuk kasut yang bertumit tinggi tadi. malah boleh mengakibatkan penyakit osteoporosis.

heels yang berketinggian 2 - 3 inci ke atas akan menampakkan bentuk tubuh dan lenggokkan tubuh itu dan ini boleh mendatangkan fitnah. tiada fakta yang mengatakan kasut bertumit tinggi tidak kira permukaan tajam atau rata sedikit tidak mendatangkan mudarat..

namun, bagaimana pula dengan wedges pula? ramai yang mengatakan kasut itu mempunyai tumit tinggi yang full tapak. mereka mengatakan selesa. tidak sakit belakang dan lebih selamat..mereka juga mengatakan dahulu kasut ini mengeluarkan bunyi namun sekarang ia direka oleh barat untuk berselindung dari kesalahn dengan mengantikan kayu dengan getah. so, bila jalan xde la bunyi..

dari sudut pandangan aku, aku mempunyai kekasih yang teringin pakai kasut seperti ini. bila tengok die pakai, secara automatik postur tubuh die akan berubah sikit, seperti punggung lentik tonggek dan dada sedikit mendada..entahla la..semua ini boleh mendatangkan fitnah ..apatah lagi jika dikenakan dengan jeans, kurung ketat, kebaya ketat..tapi..yang rata-rata yang pakai heel cume mahu attraction sahaja..
akhir kata..renung- renungkanlah wahai wantia di luaar sana..bile melakukan perkara awalun datang dari niat..

No comments:

Post a Comment