Kesabaran merupakan elemen penting dalam mengharungi lika-liku kehidupan yang penuh ranjau dan onak duri ini...
Monday, June 28, 2010
KESABARAN
bertemu kita kembali. setelah beberapa hari diharungi dengan berbagai madah dan bahasa..aku diuji..Maha Kaya dan Maha Pengampun. kesabaran amat diperlukan pada saat ini. kekasih hati menguji aku.. aku terlampau sayangkn die. tanpa die, aku tak boleh buat keje..mcm2 menghantui aku.. apalah kiranya aku ini?
dalam melakukan apa jua kerja, kesabaran amat sgt diperlukan. tanpa kesabaran kita akan terjerumus dengan keadaan terumbang ambing. contohnya kita akan marah, melakukan sesuatu yang diluar jangkauan.bermusuh, dendam dan kita mudah lupa siapa diri kita. itulah kerana kita perlukan kesabaran.. dalam islam juga menuntutt kita bersabar..
Monday, June 21, 2010
Cinta Pertama??
knape org kate,
cinte pertama susah nak lupe?
klau ikutkan logik,ble dah ade pengganti,
dgn mudah kte lupe yg dulu.
hem~
skrg,mcm btol je knyataan tu.
enth knape,tak pernah bayang pun jadi mcm ni.
yela,time dgn c die <33>
ape la sgt cinta monyet.
evn klau skrg pn masih kategori cinta monyet.
tapi ta kesah la.
skrg im single je.nutin else to worry.
tapi yg ta bestnye,
em~
cinte pertame tu lah.
knape asek ingt je mase dgn die.
knangan lpas c die tu lag best.
tap masih jgk tknang hal dgn die.
haih~
susah btol nak jangke bende ni sume.
ta ape lah,
demi kbaikan diri dan kbahagiaan die,
biar lah yg blalu sbgai knangan shje.
itu lah proses khidupan yg akn dtmpuhi stiap individu.
sama ade masih remaja,
atau sudah dewasa.
now ive learned,
cinta dan sayang itu mungkn snang untk diperoleh.
tapi sukar untk slalu subur.
melainkan cinta dan kasih kepada yang ESA :)
DITINGGALKAN
Itulah tajuk yang ingin aku nukilkan. harini aku merasakan dunia gelap gelita.. ALLAH menguji kekuatan aku dari semua sudut. kekasih ku meminta hubungan ini berjalan dari kekasih menjadi rakan biasa. terkesima aku seketika. sebab die kata macam itu ialah:
1. aku mengongkong pergerakan die. die kata aku x bagi berkawan dengan kawan pompuan die. padahal aku dh bgtau aku bkn x bg aku bg cume dari segi pemakaian harus di jaga.
2. aku dikatakan selalu mengongkong die tentang pakaian. ingin aku jelaskan.die pada awal suke memakai jeans yang ketat bersama baju cukup2 paras punggung. dan ada yang atas punggung.baju tu pulak ketat..bila kedatangan aku aku menjadi tanggungjawab kerana die perlu seseorang untuk membimbing die. aku bimbing die mengenai pemakaian. x salah berfesyen. tapi jgn mcmtu. die marah.die kata die masih muda.nk rasa.aku bkn apa..pompuan yg ske pakai mcmni sebenarnya suke tarikan. mereka x sedar mereka berpakaian tetapi sebenarnya telanjang. die janji akan pakai yang longgar. tuhan maha adil suatu ketika ALLAH tunjuk pada aku gmbr die pakai kurung ketat dan high heel. aku terkejut.siapa x marah.aku marah die.aku tegur die berulang kali. kenapa menipu.aku maafkan die. aku yakin die.aku xnk hubugnan ni bercelaru. die pon menyesali.
aku dikatakan suke membebel.klu x suke membebel jgn lakukan kesalahan sama berulang2 kali.. betul x?? aku pun x suke nk marah org..aku hanya menjalankan tugas sahaja.
aku dikatakan tak dapat memberi harapan..pendek kata dgn aku tak kemana hubugnan ini..aku kecewa dan sedih..aku kene cekalkan hati..yelah pekerjaan aku skrg ni apa je..ingt aku x berusaha ke??
ALLAH maha adil la...
aku membaiki hubungan ni dgn berdepan dgn die..pada mulanya semua ok..tapi sekejap je..die main tarik tali..penatnya..aku berusaha membaiki dgn menyedarkn die..tapi apa kan daya..aku lemah..ALLAH menguji aku sebigni..aku gagal..xpela..org dh xnk nk but mcmne..aku terhege2 dgn die padahal die bahagia dgn cara die..
mungkinkah die???
Sunday, June 20, 2010
Apakah hukum kaum adam dan hawa memakai seluar jeans?

Semua paparan atau tulisan didalam blog ini kebanyakannya diambil dari pelbagai sumber untuk koleksi bacaan dan tatapan kita bersama sebagai hamba Allah SWT..
وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمو "..dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah تعالى )." (QS. Luqman: 17)
" عن ابي حمزة انس بن مالك رضي الله عنه خادم رسول الله صلي الله عليه وسلم عن نبي صلي الله عليه وسلم قال لا يؤمن احدكم حتي يحب لأخيه ما يحب لنفسه Maksudnya, drp abu hamzah anas ibn malik r.a khadam Rasulullah SAW bersabda: Seseorang kamu masih belum benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri
إذا أحب أحدكم أخاه فليخبره. Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mengasihi saudaranya, maka dia hendaklah memberitahu saudaranya itu.”
Apakah hukum kaum adam dan hawa memakai seluar jeans? [Info]
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته بسم الله الرحمن الرحيم..الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى اله وصحبه أجمعين
Apakah hukum kaum adam dan hawa memakai seluar jeans?
Maka jawabnya tidak kisahlah seluar jeans atau apa2 pun, sekiranya seluar itu ketat sehingga apabila kaum wanita memakainya maka dapat kelihatan bentuk punggungnya sehinggalah bentuk peha dan sebagainya maka hukumnya haram.Tetapi jika kaum wanita memakai seluar yang hanya ketat di bahagian punggungnya sahaja maka tidak haram dengan syarat dia mestilah memakai baju yang labuh sehingga menutup bahagian punggungnya itu. Baju yang dipakai itu hendaklah labuh sehingga sama bawah dengan bentuk punggungnya itu atau sebaiknya lebih bawah dari bentuk punggungnya itu.
Kaum lelaki pula yang memakai seluar ketat sehingga menampakkan bentuk punggungnya hukumnya adalah makruh.Tidak sama aurat lelaki dan wanita.Tetapi jika menampakkan bentuk alat sulitnya seperti yang berlaku pada seluar2 lumba basikal yang begitu ketat maka tidak sunyi hukumnya dari haram.
pada zaman aku belajar dahulu, ramai yang bertanya haram ke pakai jeans..setelah aku menyelidiki maka tidak timbul HARAM.. yang menjadikan haram ialah si pemakai memakai dengan cara mcmne. maka apa yang patut ialah mematuhi syarat - syaratnya...
Sumber: Al-Azhar Ad Din

Asy Syaikh Abdul Aziz bin Baz
Penerbit : Pustaka Al Haura
"Dan tetaplah kalian tinggal di rumah kalian, dan jangan bertabarruj seperti tabarrujnya orang-orang jahiliyah yang dahulu, dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat, dan taatilah Allah dan Rasul-Nya" (QS Al Ahzab 33)
"Dua golongan dari penduduk neraka yang aku belum pernah melihatnya, iaitu suatu kaum yang memegang cemeti seperti ekor-ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang, mereka berlenggak-lenggok, kepala-kepala mereka seperti punuk unta yang miring, mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapatkan wanginya surga" (HR Ahmad dan Muslim)
Tabarruj - penyakit wanita masa KINI


TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. AL-Bukhari rahmatullah ‘alaihi ada berkata: “tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”. Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj.
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an –Nur ayat 31 yang bermaksud:
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.
Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-Nya. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang tujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dlaam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)
Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan” Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.
Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini: “ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.”. ketika itu Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.
Lampiran: Ringkasan Petikan dari Dr. Abdul Karim Zaidan, PhD Baghdad
Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari
Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.
2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.
3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?
4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul. orang panggil kain halal haram..mana tidaknya kejap tutup kejap bukak..haii..
5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Islam mengajar tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
KISAH KASUT TUMIT TINGGI

Kesabaran merupakan elemen penting dalam mengharungi lika-liku kehidupan yang penuh ranjau dan onak duri ini...
ASSALAMUALAIKUM...
bertemu kembali..di dini hari aku ingin menulis sesuatu yang munafaat..selama aku dicerca oleh wanita mengenai tajuk di atas ingin aku tunjuk pada mereka ini la faktanya!
Dalam Islam sememangnya melarang wanita mengenakan kasut sebegini bertujuan untuk mengelakkan dari keluarnya bunyi-bunyian yang akan menarik perhatian kaum Adam. mengandungi unsur penipuan yang mana wanita akan nampak lebih tinggi dari yang sebenarnya.mengandungi bahaya kerana wanita yang memakainya boleh terjatuh. meningkatkan keegoan wanita dalam beragama.membahayakan kesihatan sebagaimana dinyatakan oleh para doktor.(fatwa Syaikh Abdul Aziz bin Baaz)
Ulama lain mengatakan bahawa jika disertai dengan suara maka haramnya melebihi gelang kaki.
Tapi mari kita lihat dari segi zahirnya,fizik sains dan kesihatan.Jelas kasut bertumit tinggi akan mempunyai ruang tapak sama ada kecil atau luas dibahagian belakang kasut tersebut. Dalam kajian fizik tekanan adalah bersamaan dengan daya yang dikenakan (berat badan) dibahagikan dengan luas permukaan. Luas permukaan yang kecil bagi kasut bertumit tinggi ini akan menyebabkan tekanan yang besar dikenakan keatas permukaan lantai.Dan mengikut Hukum Gerakan Newton ketiga, setiap tindakan akan ada tindakbalas.Oleh itu tekanan yang dikenakan pada permukaan lantai tindakbalasnya akan diterima oleh tumit kita.Dan tindakan tekanan yang besar ini akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan kita apabila kajian menunjukkan beban tekanan ini akan ditanggung oleh tulang belakang disebabkan postur kaki tang tidak betul kedudukannya kerana terpaksa menyesuaikan dengan bentuk kasut yang bertumit tinggi tadi. malah boleh mengakibatkan penyakit osteoporosis.
heels yang berketinggian 2 - 3 inci ke atas akan menampakkan bentuk tubuh dan lenggokkan tubuh itu dan ini boleh mendatangkan fitnah. tiada fakta yang mengatakan kasut bertumit tinggi tidak kira permukaan tajam atau rata sedikit tidak mendatangkan mudarat..
namun, bagaimana pula dengan wedges pula? ramai yang mengatakan kasut itu mempunyai tumit tinggi yang full tapak. mereka mengatakan selesa. tidak sakit belakang dan lebih selamat..mereka juga mengatakan dahulu kasut ini mengeluarkan bunyi namun sekarang ia direka oleh barat untuk berselindung dari kesalahn dengan mengantikan kayu dengan getah. so, bila jalan xde la bunyi..
dari sudut pandangan aku, aku mempunyai kekasih yang teringin pakai kasut seperti ini. bila tengok die pakai, secara automatik postur tubuh die akan berubah sikit, seperti punggung lentik tonggek dan dada sedikit mendada..entahla la..semua ini boleh mendatangkan fitnah ..apatah lagi jika dikenakan dengan jeans, kurung ketat, kebaya ketat..tapi..yang rata-rata yang pakai heel cume mahu attraction sahaja..
akhir kata..renung- renungkanlah wahai wantia di luaar sana..bile melakukan perkara awalun datang dari niat..
Tuesday, June 15, 2010
BERUBAH ARAH
Apa khabar? agaknya sudah lama aku tidak berblogger. Kali ini aku ingin menceritakan kisah terbaru dalam hidup aku terutama mengenai pekerjaan terkini aku. Aku kini tidak lagi bekerja di dalam sektor kerajaan. Aku telah bekerja sebagai cheff d thai di restoran steamboat yang terkenal iaitu JHONNY'S RESTAURANT. Hm, agak aku aku tiada kelulusan memasak dan ini memecah tradisi restoran tersebut dengan mengambil aku sebagai sebahagian ahli kitchen mereka yang terdiri dari kalangan chef terhedat dalam masakan thai.
Pada permulaannya aku tidak merasa yakin akan perkara ini tetapi kerana sikap aku yang cepat mesra dengan persekitaran dan pandai berkomunikasi menyebabkan aku lebih cepat memahami selok belok di dapur berkelas ini.
Mengenai kerja lama aku?? hmm terlampau banyak politik dan polimik dalam jabatan aku. Jadi aku berhenti notis sebulan dan aku mendapat tawaran di tempat baru ini.. ALHAMDULILLAH ALLAH MEMBERI AKU NAFAS UNTUK MENGHIRUP SEGALA KENIKMATAN.
